Thursday 19 July 2012

Pejuang BEB : CONDITION ZERO


Assalam kawan-kawan semua..entri kali ini aku just nak share benda-benda simple sahaja,yang pasti ia mengenai BEB.Dalam kelas aku,ada sejenis game yang boleh membuatkan kitorang bebudak lelaki BEB ini bersatu iaitu Counter Strike:Condition Zero.Kenapa?sebab game ini boleh dicreate dan dijoin oleh seberapa ramai yang nak main game ini,yang pasti menggunakan LAN iaitu Local Area Network.Bukan nama orang atau nama biskut ok.


Bila Masa maen condition Zero?

1.Apabila otak dah mencapai tahap tepu dan kebosanan melebihi tahap kambing gurun.
2.Apabila sepatutnya ada game futsal tapi tak jadi(geram ramai-ramai)
3.Apabila habis je paper2 exam yang susah tapi tak boley jawab
4.Apabila duit dah ciput nak main game2 yang keluarkan duit seperti bowling,bowling dan bowling.hahaha

Siapa pejuang tegar BEB?

Haaa..dalam BEB ini,adalah pemain2 tegar yang bersama-sama bila berjuang dalam condition zero ni.Diorang ade peranan mereka sendiri dan taktikal sendiri sehingga mereka mudah terkena head shot dan memarahi geng sendiri..haha..kenali mereka!

1.Brader Norakmal



Player name  =jongkok,mangkok.
Jenis senjata =tak tentu,biasa guna rifle murah 3000$
Taktikal  =selalu bergerak secara single/solo/sendiri.
                agak gelabah seperti terkejut beruk bila Face to Face dengan enemy
           mudah headshot(akan tercampak gaya back fly),kalau perform memang akan menang besar2(kenduri),kalu x perform,memang bawah skali list name untuk senarai kill.    

2.Zaki


Player name=torres,
Jenis senjata=magnum/sniper
Taktikal = antara skorer terbaik,tembakan tepat,biasa panggil backup untuk kepentingan diri sendiri,apabila tak perform akan berdiam diri,

3.Kipid 
     
                 
Player name=double R
Jenis senjata=pistol HAWK,rifle murah2
Taktikal=antara pembunuh terbanyak BOT,dilanda kontroversi menggunakan cheat code atau GAMESHARK,bergerak cepat dan mati pon lebih cepat tetapi kill tetap banyak(ternyata banyak menipu),akan tersengih dengan membiarkan kawan2 bergerak dulu dan stay dibahagian belakang.

4.Hakim Nordin


Player name=keli/super bot/Diana
Jenis senjata=semua jenis dia beli selagi ada duit.
Taktikal=suka termenung seorang diri,suka pergi ke arah bot yang sudah K.O(tak taw apa motifnya)
suka ditembak oleh bot,kalau mengamuk akan menghilangkan diri dan terbunuh,Bot akan tertawa melihat gelagat dia dan mudah nak tembak dia (headshot)

5.Hazwan Mojam


Player name=izra comel
Jenis senjata=shotgun/magnum/hawk/pisau
Taktikal=bergerak sangat cepat ,sangat cepat membunuh dalam pelbagai situasi,suka menggunakan pisau untuk menikam bot yang sedang mengelamun dan berangan,suka membaling flash bang kepada teammate sendiri demi kepentingan diri sendiri,pengguna gameshark dan cheatcode paling kerap,selallu membuang daging bersepah merata-rata(takde motif),akan berada duduk di belakang sekali sambil dilindungi backup(taktik senang kill ramai2 bot)

hahaha.Ini adalah sekumpulan budak BEB yang mempunyai gelagat tersendiri.Tapi nanti aku akan ceritakan lagi the remaining pejuang BEB ini dalam game condition zero nih.Main sampai tak ingat kelas..Almaklumlah,bahan ketagih..hihi..Assalam semua..

Friday 13 July 2012

Error Nak Main Condition Zero?

Assalamualaikum kengkorang..maaflah lama dah aku tak update blog aku ni..start bz dengan study..untuk entri kali ni,aku nak share mengenai suatu masalah yang mungkin ada melanda lappy korang,iaitu terdapat error apabila korang nak main game Condition Zero atau lebih tepat korang tak boleh maen terus CS Condition Zero!hahaha..Kepada sesiapa yang tak tahu Counter Strike Condition Zero tu ape,ia adalah game shooter yang sangat femes dan sungguh seronok la,boley main ramai2,boley tembak kawan2 la,macam2 la..game ini adalah bahan ketagih yang sangat bahaya jika ia membuatkan korang lewat solat,tak pergi kelas or kuliah dan tido hanya 2 jam sehari..hahaha..


Cover Game Condition Zero.
                         Awas!!Bahan ketagih!


ok2..sori..untuk masalah error itu,korang mesti rase geram sangat2 apabila nak bukak game ni,ade terpapar ''less memory!!",and then terus tutup.Kawan aku pernah berdepan situasi cemas ini pada lappy dy jenama ACER 4748G,dengan grafik kad 1GB AMD Radeon,tidak dapat menerima kenyataan bahawa game sesimple condition zero tidak dapat dimainkan.Mungkin korang diluar sana ada yang yang berdepan masalah sebegini.Tapi jangan risau,aku akan share dengan korang macam mana nak setelkan masalah ini.

Langkah2 simple!follow jer ok.:





1st.Korang klik right dan go to properties application Game condition Zero ini,(ala yang bawah sekali),selepas itu akan appear la mcm gambar atas ini.




2nd.Korang go to COMPATIBILITY macam gambar atas ini.Pada COMPATIBILITY MODE,korang klik pada run this program in compatibility mode for.Selepas itu,korang pilih option dibawahnya iaitu WINDOWS XP(Service Pack 3).






3rd.Di bahagian Privilege Level,korang terus klik pada 'Run this program as an administrator'.




4th.Last sekali,korang klik apply di bawah hujung positionnya..cam kat atas tu..nampak kan?dah siap,korang close la properties application ni.Apabila siap semua tu,korang dah boley bukak application game Condition Zero ini.Insyaallah dapat main dengan jayanya.



Harap entri ini dapat membantu korang yang berdepan masalah sebijon ini(sama seperti ni).Bertemu lain kali pulak yer..Assalam semua!

suka BLOG ini?