Sunday, 2 September 2012

SkinPacks::Transform Your Window Theme!

Assalamualaikum kengkawan ..hari ini punya entri aku nak share sesuatu yang mungkin menarik dan best untuk diaplikasikan kepada korang pengguna Window.

 Korang semua penah dengar tak mengenai 'Transformation Pack' untuk OS window?kalau yang sudah biasa tu,bagus la.Tapi bagi yang belum tahu apa benda alah ini,meh aku nak kongsi.Ia sebenarnya adalah transformasi tema OS window contoh XP dan Seven.Mungkin korang rasa bosan jugak tengok Window Theme korang warna sama saja,asyik-asyik biru laut gitu je kan?sampai dah jemu mengadap lappy korang tu.Jadi korang boleh la menukar theme/tema OS window korang kepada pelbagai jenis tema yang disediakan oleh pembangun theme transformation pack iaitu SkinPacks.COM.

Skinpacks.com adalah satu website di mana korang dapat menggunakan produk mereka iaitu Theme Pack yang sangat cantik/canggih dan superb la.Ia menyediakan pelbagai jenis tema termasuk :

  • Windows 8 
  • IOS 6 apple
  • Os Mac
  • Android
  • Longhorn
Apabila korang install transformation pack ni,theme OS window korang akan jadi cantik dan korang mesti terpesona melihatnya..hahahha.Contohnya korang install theme pack OS Mac Mountain Lion,lappy korang dah macam ada gaya Macbook da..haha..Tak dapat beli Macbook pon takpe la kan,asalkan dapat mirip-mirip sepertinya pon o.k.


Ini adalah tema Window 8 pada window 7.cantik kan?colouful!simple icon.


Ubuntu Theme: Konsep Ubuntu berwarna ungu dan terdapat DOCK di bahagian tepi.Pada yang dah buntu sangat tengok banyak sangat theme cantik-cantik,tibai yang ini pon boleh da.hahaha


Ini pula theme OS Mac yang asalnya dari Macbook.Hihi yang ini korang boley transform sebijik macam Apple punye produk la interface-nya.


Ini pula satu lagi tema lain Window konsep.Fuyoh!korang boley try,memang seronok jadi cantik macam ni.Aku dah try semua theme,puas hati dan tiada apa-apa error pon berlaku.Jadi jangan risau ok kawan!

NAK CUBA?
Ok,mudah saja,ikut je step-step berikut:


  1. Pergi ke Laman web www.skinpacks.com
  2. Go to PRODUCTS,pilih la tema yang korang suka.
  3. Download,then install.
  4. Reboot/restart dan dah siap(bertukar)..
Senang jer kan?Jikalau korang macam nak tukar tema lain,pliz UNINSTALL yang current dan baru lah install tema lain.Hope korang boleh la cuba-cuba benda ini yang mungkin sesuatu yang baru bagi korang.Entri ini full stop di sini.Assalam.

credit all to SKINPACKS.COM


Thursday, 19 July 2012

Pejuang BEB : CONDITION ZERO


Assalam kawan-kawan semua..entri kali ini aku just nak share benda-benda simple sahaja,yang pasti ia mengenai BEB.Dalam kelas aku,ada sejenis game yang boleh membuatkan kitorang bebudak lelaki BEB ini bersatu iaitu Counter Strike:Condition Zero.Kenapa?sebab game ini boleh dicreate dan dijoin oleh seberapa ramai yang nak main game ini,yang pasti menggunakan LAN iaitu Local Area Network.Bukan nama orang atau nama biskut ok.


Bila Masa maen condition Zero?

1.Apabila otak dah mencapai tahap tepu dan kebosanan melebihi tahap kambing gurun.
2.Apabila sepatutnya ada game futsal tapi tak jadi(geram ramai-ramai)
3.Apabila habis je paper2 exam yang susah tapi tak boley jawab
4.Apabila duit dah ciput nak main game2 yang keluarkan duit seperti bowling,bowling dan bowling.hahaha

Siapa pejuang tegar BEB?

Haaa..dalam BEB ini,adalah pemain2 tegar yang bersama-sama bila berjuang dalam condition zero ni.Diorang ade peranan mereka sendiri dan taktikal sendiri sehingga mereka mudah terkena head shot dan memarahi geng sendiri..haha..kenali mereka!

1.Brader Norakmal



Player name  =jongkok,mangkok.
Jenis senjata =tak tentu,biasa guna rifle murah 3000$
Taktikal  =selalu bergerak secara single/solo/sendiri.
                agak gelabah seperti terkejut beruk bila Face to Face dengan enemy
           mudah headshot(akan tercampak gaya back fly),kalau perform memang akan menang besar2(kenduri),kalu x perform,memang bawah skali list name untuk senarai kill.    

2.Zaki


Player name=torres,
Jenis senjata=magnum/sniper
Taktikal = antara skorer terbaik,tembakan tepat,biasa panggil backup untuk kepentingan diri sendiri,apabila tak perform akan berdiam diri,

3.Kipid 
     
                 
Player name=double R
Jenis senjata=pistol HAWK,rifle murah2
Taktikal=antara pembunuh terbanyak BOT,dilanda kontroversi menggunakan cheat code atau GAMESHARK,bergerak cepat dan mati pon lebih cepat tetapi kill tetap banyak(ternyata banyak menipu),akan tersengih dengan membiarkan kawan2 bergerak dulu dan stay dibahagian belakang.

4.Hakim Nordin


Player name=keli/super bot/Diana
Jenis senjata=semua jenis dia beli selagi ada duit.
Taktikal=suka termenung seorang diri,suka pergi ke arah bot yang sudah K.O(tak taw apa motifnya)
suka ditembak oleh bot,kalau mengamuk akan menghilangkan diri dan terbunuh,Bot akan tertawa melihat gelagat dia dan mudah nak tembak dia (headshot)

5.Hazwan Mojam


Player name=izra comel
Jenis senjata=shotgun/magnum/hawk/pisau
Taktikal=bergerak sangat cepat ,sangat cepat membunuh dalam pelbagai situasi,suka menggunakan pisau untuk menikam bot yang sedang mengelamun dan berangan,suka membaling flash bang kepada teammate sendiri demi kepentingan diri sendiri,pengguna gameshark dan cheatcode paling kerap,selallu membuang daging bersepah merata-rata(takde motif),akan berada duduk di belakang sekali sambil dilindungi backup(taktik senang kill ramai2 bot)

hahaha.Ini adalah sekumpulan budak BEB yang mempunyai gelagat tersendiri.Tapi nanti aku akan ceritakan lagi the remaining pejuang BEB ini dalam game condition zero nih.Main sampai tak ingat kelas..Almaklumlah,bahan ketagih..hihi..Assalam semua..

Friday, 13 July 2012

Error Nak Main Condition Zero?

Assalamualaikum kengkorang..maaflah lama dah aku tak update blog aku ni..start bz dengan study..untuk entri kali ni,aku nak share mengenai suatu masalah yang mungkin ada melanda lappy korang,iaitu terdapat error apabila korang nak main game Condition Zero atau lebih tepat korang tak boleh maen terus CS Condition Zero!hahaha..Kepada sesiapa yang tak tahu Counter Strike Condition Zero tu ape,ia adalah game shooter yang sangat femes dan sungguh seronok la,boley main ramai2,boley tembak kawan2 la,macam2 la..game ini adalah bahan ketagih yang sangat bahaya jika ia membuatkan korang lewat solat,tak pergi kelas or kuliah dan tido hanya 2 jam sehari..hahaha..


Cover Game Condition Zero.
                         Awas!!Bahan ketagih!


ok2..sori..untuk masalah error itu,korang mesti rase geram sangat2 apabila nak bukak game ni,ade terpapar ''less memory!!",and then terus tutup.Kawan aku pernah berdepan situasi cemas ini pada lappy dy jenama ACER 4748G,dengan grafik kad 1GB AMD Radeon,tidak dapat menerima kenyataan bahawa game sesimple condition zero tidak dapat dimainkan.Mungkin korang diluar sana ada yang yang berdepan masalah sebegini.Tapi jangan risau,aku akan share dengan korang macam mana nak setelkan masalah ini.

Langkah2 simple!follow jer ok.:





1st.Korang klik right dan go to properties application Game condition Zero ini,(ala yang bawah sekali),selepas itu akan appear la mcm gambar atas ini.




2nd.Korang go to COMPATIBILITY macam gambar atas ini.Pada COMPATIBILITY MODE,korang klik pada run this program in compatibility mode for.Selepas itu,korang pilih option dibawahnya iaitu WINDOWS XP(Service Pack 3).






3rd.Di bahagian Privilege Level,korang terus klik pada 'Run this program as an administrator'.




4th.Last sekali,korang klik apply di bawah hujung positionnya..cam kat atas tu..nampak kan?dah siap,korang close la properties application ni.Apabila siap semua tu,korang dah boley bukak application game Condition Zero ini.Insyaallah dapat main dengan jayanya.



Harap entri ini dapat membantu korang yang berdepan masalah sebijon ini(sama seperti ni).Bertemu lain kali pulak yer..Assalam semua!

Monday, 11 June 2012

EURO 2012 KEMBALI!!

Euro dah kembali..mungkin korang ade pasukan pilihan korang kan?hihihi.Aku adalah fan pasukan Italy,aku stat sokong pasukan ni sejak sebelum piala dunia 2006  lagi..elok-elok Italy menang pulak..hahhaah..power la..pas piala dunia 2006,nampak cam merudum lak Italy ni,tapi aku tetap suka sampai bila-bila.pemain-pemain dia tetap hebat walaupun umur da macam-macam pakcik aku jer anak 3 4,tapi playmaker and bahagian defense memang top la..kadang-kadang geng ni buat benteng macam bus da..hahahahah..pemain Italy muka je nampak mafia dan gengster tapi main bola je sebenar..tabik la..macho2 semua..aku harap pasukan Italy menang la kali ini bia terpaksa si Sepanyol dan German yang hebat..huhhu..



suka BLOG ini?