Sunday, 2 September 2012

SkinPacks::Transform Your Window Theme!

Assalamualaikum kengkawan ..hari ini punya entri aku nak share sesuatu yang mungkin menarik dan best untuk diaplikasikan kepada korang pengguna Window.

 Korang semua penah dengar tak mengenai 'Transformation Pack' untuk OS window?kalau yang sudah biasa tu,bagus la.Tapi bagi yang belum tahu apa benda alah ini,meh aku nak kongsi.Ia sebenarnya adalah transformasi tema OS window contoh XP dan Seven.Mungkin korang rasa bosan jugak tengok Window Theme korang warna sama saja,asyik-asyik biru laut gitu je kan?sampai dah jemu mengadap lappy korang tu.Jadi korang boleh la menukar theme/tema OS window korang kepada pelbagai jenis tema yang disediakan oleh pembangun theme transformation pack iaitu SkinPacks.COM.

Skinpacks.com adalah satu website di mana korang dapat menggunakan produk mereka iaitu Theme Pack yang sangat cantik/canggih dan superb la.Ia menyediakan pelbagai jenis tema termasuk :

  • Windows 8 
  • IOS 6 apple
  • Os Mac
  • Android
  • Longhorn
Apabila korang install transformation pack ni,theme OS window korang akan jadi cantik dan korang mesti terpesona melihatnya..hahahha.Contohnya korang install theme pack OS Mac Mountain Lion,lappy korang dah macam ada gaya Macbook da..haha..Tak dapat beli Macbook pon takpe la kan,asalkan dapat mirip-mirip sepertinya pon o.k.


Ini adalah tema Window 8 pada window 7.cantik kan?colouful!simple icon.


Ubuntu Theme: Konsep Ubuntu berwarna ungu dan terdapat DOCK di bahagian tepi.Pada yang dah buntu sangat tengok banyak sangat theme cantik-cantik,tibai yang ini pon boleh da.hahaha


Ini pula theme OS Mac yang asalnya dari Macbook.Hihi yang ini korang boley transform sebijik macam Apple punye produk la interface-nya.


Ini pula satu lagi tema lain Window konsep.Fuyoh!korang boley try,memang seronok jadi cantik macam ni.Aku dah try semua theme,puas hati dan tiada apa-apa error pon berlaku.Jadi jangan risau ok kawan!

NAK CUBA?
Ok,mudah saja,ikut je step-step berikut:


  1. Pergi ke Laman web www.skinpacks.com
  2. Go to PRODUCTS,pilih la tema yang korang suka.
  3. Download,then install.
  4. Reboot/restart dan dah siap(bertukar)..
Senang jer kan?Jikalau korang macam nak tukar tema lain,pliz UNINSTALL yang current dan baru lah install tema lain.Hope korang boleh la cuba-cuba benda ini yang mungkin sesuatu yang baru bagi korang.Entri ini full stop di sini.Assalam.

credit all to SKINPACKS.COM


Thursday, 19 July 2012

Pejuang BEB : CONDITION ZERO


Assalam kawan-kawan semua..entri kali ini aku just nak share benda-benda simple sahaja,yang pasti ia mengenai BEB.Dalam kelas aku,ada sejenis game yang boleh membuatkan kitorang bebudak lelaki BEB ini bersatu iaitu Counter Strike:Condition Zero.Kenapa?sebab game ini boleh dicreate dan dijoin oleh seberapa ramai yang nak main game ini,yang pasti menggunakan LAN iaitu Local Area Network.Bukan nama orang atau nama biskut ok.


Bila Masa maen condition Zero?

1.Apabila otak dah mencapai tahap tepu dan kebosanan melebihi tahap kambing gurun.
2.Apabila sepatutnya ada game futsal tapi tak jadi(geram ramai-ramai)
3.Apabila habis je paper2 exam yang susah tapi tak boley jawab
4.Apabila duit dah ciput nak main game2 yang keluarkan duit seperti bowling,bowling dan bowling.hahaha

Siapa pejuang tegar BEB?

Haaa..dalam BEB ini,adalah pemain2 tegar yang bersama-sama bila berjuang dalam condition zero ni.Diorang ade peranan mereka sendiri dan taktikal sendiri sehingga mereka mudah terkena head shot dan memarahi geng sendiri..haha..kenali mereka!

1.Brader Norakmal



Player name  =jongkok,mangkok.
Jenis senjata =tak tentu,biasa guna rifle murah 3000$
Taktikal  =selalu bergerak secara single/solo/sendiri.
                agak gelabah seperti terkejut beruk bila Face to Face dengan enemy
           mudah headshot(akan tercampak gaya back fly),kalau perform memang akan menang besar2(kenduri),kalu x perform,memang bawah skali list name untuk senarai kill.    

2.Zaki


Player name=torres,
Jenis senjata=magnum/sniper
Taktikal = antara skorer terbaik,tembakan tepat,biasa panggil backup untuk kepentingan diri sendiri,apabila tak perform akan berdiam diri,

3.Kipid 
     
                 
Player name=double R
Jenis senjata=pistol HAWK,rifle murah2
Taktikal=antara pembunuh terbanyak BOT,dilanda kontroversi menggunakan cheat code atau GAMESHARK,bergerak cepat dan mati pon lebih cepat tetapi kill tetap banyak(ternyata banyak menipu),akan tersengih dengan membiarkan kawan2 bergerak dulu dan stay dibahagian belakang.

4.Hakim Nordin


Player name=keli/super bot/Diana
Jenis senjata=semua jenis dia beli selagi ada duit.
Taktikal=suka termenung seorang diri,suka pergi ke arah bot yang sudah K.O(tak taw apa motifnya)
suka ditembak oleh bot,kalau mengamuk akan menghilangkan diri dan terbunuh,Bot akan tertawa melihat gelagat dia dan mudah nak tembak dia (headshot)

5.Hazwan Mojam


Player name=izra comel
Jenis senjata=shotgun/magnum/hawk/pisau
Taktikal=bergerak sangat cepat ,sangat cepat membunuh dalam pelbagai situasi,suka menggunakan pisau untuk menikam bot yang sedang mengelamun dan berangan,suka membaling flash bang kepada teammate sendiri demi kepentingan diri sendiri,pengguna gameshark dan cheatcode paling kerap,selallu membuang daging bersepah merata-rata(takde motif),akan berada duduk di belakang sekali sambil dilindungi backup(taktik senang kill ramai2 bot)

hahaha.Ini adalah sekumpulan budak BEB yang mempunyai gelagat tersendiri.Tapi nanti aku akan ceritakan lagi the remaining pejuang BEB ini dalam game condition zero nih.Main sampai tak ingat kelas..Almaklumlah,bahan ketagih..hihi..Assalam semua..

Friday, 13 July 2012

Error Nak Main Condition Zero?

Assalamualaikum kengkorang..maaflah lama dah aku tak update blog aku ni..start bz dengan study..untuk entri kali ni,aku nak share mengenai suatu masalah yang mungkin ada melanda lappy korang,iaitu terdapat error apabila korang nak main game Condition Zero atau lebih tepat korang tak boleh maen terus CS Condition Zero!hahaha..Kepada sesiapa yang tak tahu Counter Strike Condition Zero tu ape,ia adalah game shooter yang sangat femes dan sungguh seronok la,boley main ramai2,boley tembak kawan2 la,macam2 la..game ini adalah bahan ketagih yang sangat bahaya jika ia membuatkan korang lewat solat,tak pergi kelas or kuliah dan tido hanya 2 jam sehari..hahaha..


Cover Game Condition Zero.
                         Awas!!Bahan ketagih!


ok2..sori..untuk masalah error itu,korang mesti rase geram sangat2 apabila nak bukak game ni,ade terpapar ''less memory!!",and then terus tutup.Kawan aku pernah berdepan situasi cemas ini pada lappy dy jenama ACER 4748G,dengan grafik kad 1GB AMD Radeon,tidak dapat menerima kenyataan bahawa game sesimple condition zero tidak dapat dimainkan.Mungkin korang diluar sana ada yang yang berdepan masalah sebegini.Tapi jangan risau,aku akan share dengan korang macam mana nak setelkan masalah ini.

Langkah2 simple!follow jer ok.:





1st.Korang klik right dan go to properties application Game condition Zero ini,(ala yang bawah sekali),selepas itu akan appear la mcm gambar atas ini.




2nd.Korang go to COMPATIBILITY macam gambar atas ini.Pada COMPATIBILITY MODE,korang klik pada run this program in compatibility mode for.Selepas itu,korang pilih option dibawahnya iaitu WINDOWS XP(Service Pack 3).






3rd.Di bahagian Privilege Level,korang terus klik pada 'Run this program as an administrator'.




4th.Last sekali,korang klik apply di bawah hujung positionnya..cam kat atas tu..nampak kan?dah siap,korang close la properties application ni.Apabila siap semua tu,korang dah boley bukak application game Condition Zero ini.Insyaallah dapat main dengan jayanya.



Harap entri ini dapat membantu korang yang berdepan masalah sebijon ini(sama seperti ni).Bertemu lain kali pulak yer..Assalam semua!

Monday, 11 June 2012

EURO 2012 KEMBALI!!

Euro dah kembali..mungkin korang ade pasukan pilihan korang kan?hihihi.Aku adalah fan pasukan Italy,aku stat sokong pasukan ni sejak sebelum piala dunia 2006  lagi..elok-elok Italy menang pulak..hahhaah..power la..pas piala dunia 2006,nampak cam merudum lak Italy ni,tapi aku tetap suka sampai bila-bila.pemain-pemain dia tetap hebat walaupun umur da macam-macam pakcik aku jer anak 3 4,tapi playmaker and bahagian defense memang top la..kadang-kadang geng ni buat benteng macam bus da..hahahahah..pemain Italy muka je nampak mafia dan gengster tapi main bola je sebenar..tabik la..macho2 semua..aku harap pasukan Italy menang la kali ini bia terpaksa si Sepanyol dan German yang hebat..huhhu..



Saturday, 10 December 2011

Rocket MELT: TErBaik For extreme SoCial Network

AsSalam kepada semua kengkawan ku ..Hihihih..sori la lame tak update blog aku ni..Da mcm ape ntah..ok...malas nak buang masa,nak share ngan korang dengan sesuatu yang agak bez!!!..Ia adalah Rocket Melt..Rocket Melt adalah satu web browser yang agak kurang orang taw...huhu..memandai jer kan..Rocket Melt adalah web browser yang unik dimana ia akan connect dgn kita punye social network macam Facebook,Flickr,Twitter..Ayat mudahnyer,Rocket Melt ni ibarat profil untuk social Network kita la.kite boleh taw pelbagai update melalui link2 dan apps yang ada kat sekeliling browser ni,dan dalam masa yang same,kita juga boleh nak online ke tempat lain(web-web lain)..Ia memudah kan kita,contoh berFB sambil bekerja or go to other web..hihihi..Yang bez jugak,ia juga pantas..


  Ni adalah logo Rocket Melt.Browser terkini



Macam ni la rupa Browser Rocket Melt bila da install.Nak install??
klikHERE

Bile dah install,korang boleh connect via FB korang,then jadi la mcm ni
..Browser ni dah jadi macam profil FB korang.
Ade tempat UPDATE STATUS,FRIEND ON CHAT
AND PROFIL KORANG..bukak mata besau2 ok..hihiihi.


Korang pon boleh update status and nak share link2 dari web lain
.Tengok ikon and button yang disediakan..Perhh!!mudah jer semua..


Nak chat dalam FB??boleh jer..juz klik muke member/friend,then chatting la sampai muntah.
.sambil2 tu boleh je gi kat web lain..hihihi

Amacam??kalau korang rase bez nak gune juz go to web .ROCKET MELT
  • Korang download and install
  • Dah siap install,korang connect rocket melt dengan social network korang.(FB,TWITTER)
  • Then,siap la..enjoy!!
Sampai sini jer entri kali ni.Harap-harap korang enjoy la,boleh cuba this software.Selamat mencuba!ok.Assalam..

Saturday, 22 October 2011

Nasihat BUat Setiap Diri ( Bab Pertama)

Assalamualaikum kengkawan semua.Pertama-tama aku nak mintak maaf la sebab lame giler tak update blog ni..almaklum la sekarang ni sibuk je memanjang.hihiii..erm,untuk entri kali ni aku nak share sesuatu input yang berguna kepada kita sebagai insan yang bergelar muslim dan yang lebih tepat lagi seorang mukmin.Ia adalah mengenai kumpulan-kumpulan nasihat yang diatur dan disusun sebagai bacaan kita semua.Nasihat-nasihat ini disusun mengikut bab pertama,kedua,ketiga dan seterusnya.Aku share ni pon dari sebuah buku hasil nukilan pak cik aku yang bernama Zul Ramli yang juga pendakwah bebas.Untuk entri pertama dalam segmen renungan kita bersama ni,aku akan mulakan dengan bab pertama.Semoga bacaan / entri ini dapat memberi banyak manfaat buat setiap diri sebagai pedoman dalam mengharungi kehidupan.Insyaallah.


                                      eceh..tetibe jer gambar..huhu

Diriwayatkan:

"Rumah yang pertama dibina di muka bumi ini ialah Kaabah"

"Pertama-tama yang dicabut daripada hamba ialah malu".
                                                                                   -Ibnu Majah

"Pertama-tama yang hilang dari agama kamu ialah amanah".
                                                                                   -Abu Nuaim

"Pertama-tama yang diangkat dari umat ini ialah amanah dan khusyuk".
                                                                                   -Imam Ahmad

"Yang pertama sujud tatkala sujud kepada Nabi Adam ialah Israfil".
                                                                                   -Ibnu Abi Hatim

"Yang pertama diangkat dari amalan ialah solat lima waktu".
                                                                                  -Abu Ya'la

"Adalah permulaan dosa ialah takabbur,telah angkuhlah Iblis daripada sujud kepada Adam".
                                                                                        -Ibnu Abi Hatim

"Yang pertama-tama menggunakan mahkota ialah Namrud".
                                                                                           -Imam Sayuti

"Pertama-tama diletakkan di atas mizan ialah perangai yang baik atau akhlak yang mulia"
                                                                                            -AT-Thabrani

"Yang pertama bercakap daripada anak Adam di hari pengadilan ialah Peha dan tapak tangannya".
                                                                                  -Ahmad

"Yang pertama memberi syafaat ialah Nabi-nabi,kemudian ulamak dan seterusnya para syuhadak".
                                                                               -At-Thabrani

"Pertama-tama yang akan masuk syurga dari kalangan orang kaya ialah Abdul Rahman Bin Auf".
                                                                                 -Abu Nuaim.

Semoga input di atas dapat memberi kita peringatan(aku dan korang semua) bersama.sebarang silap dalam entri di atas,harap di maafkan.Ok lah kengkawan,sampai sini saja ,nanti akan menyusul lagi bab pertama dalam nasihat buat setiap diri.Beringat-ingat sebelum terlupa..hihii..wasalam..

Wednesday, 31 August 2011

HAntu KAt pLkn??misteri..........


Assalam kengkawan ,moga kengkorang semua sihat..hemmm..kali ni aku nak share ngn korang pasal kisah aku di kem plkn cherating ..tapi bukan pasal aku nak bancuh air ,ia mengenai keseraman yang aku alami.dunia misteri..hhahah..aku terserempak dengan benda atau jin yang mungkin ingin menguji kekuatan iman dan keberanian aku..
Ada hantu kat PLKN??biar betol!..tapi itu la yang realiti aku sendiri nampak..x taw la istilah ape yang boley aku sebut,jin ke,makhluk ape ke..kejadian ni berlaku pada minggu kedua aku bekerja di kem plkn ni..pada masa itu,dalam pukul 12.30 malam lebih kurang lebih,aku sedang mop lantai di kawasan sinki pelatih plkn membasuh tray2 makanan diorang..kawasan sinki pelatih ni agak lapang ,dan mengadap kolam plkn..agak hujung dari kawasan sinki ni ade setor sampah..jadi aku pon mop la lantai,bese la lantai sinki budak2,kotor macam haram..semua ade kat lantai,nasi,tulang ikan,sayur,ayam..belaka ada..aku buang2 sisa2 tu dan aku mop lantai tu..

 ni gambar time aku keje..saje je..ni tempat aku mop...

   sambil2 aku mop tu,aku dgr lagu kat telinga ni.sedang asyik aku mop lantai..tibe-tibe............ade seorang pekerja lelaki lalu sebelah aku dari arah belakang aku,kirenya aku x nampak la muka dia,dia memakai baju pekerja berwarna kuning..time dia lalu tu,aku ingatkan kawan aku yang bernama Din.aku pon panggil la DIN!DIN! tapi tak menyahut pon..aku pon ikot la dia dari arah belakang agak jauh sedikit dari dia..dia tu menuju ke arah setor sampah,aku pon pergi la kat setor tu..dalam otak aku,aku fikir maybe Din nak buang sampah ke or amek troli sampah..

  ni la setor sampah..gelap giler dalam..aku nampak kat sini la..

tapi bile aku sampai kat setor yang tak berlampu lagi gelap tu,tiada sesiapa pon..mane Din ni menghilang??terdiam aku sekejap fikir mane din ni..aku pon cepat2 la ke kawasan depan,kat dewan makan..bila sampai kat dewan kat depan tu,aku nampak Din sedang menyapu sampah bersama mak cik sorang lagi yang bernama Mak KU..aku tanya la din,sama ada dia ade pergi ke setor belakang tu,dia cakap dia menyapu sampah dari tadi lagi bersama Mak KU dan Mak KU mengiyakannya..jadi yang aku terserempak tadi bukan la kawan aku ,DIN tapi ‘BENDA’ lain la..kerana pekerja lelaki untuk bahagian malam hanya 2 orang saje,iaitu aku dan Din,bukannya 3..aku dah mula rasa cuak dan agak seram..sebenarnya siapa yang aku ekori sampai ke setor sampah tadi??tapi aku cube tenangkan diri dengan buat tak taw je dan dengar lagu kat telinga ni..sejak peristiwa seram2 pelik tapi benar tu berlaku,aku mop lantai sinki pelatih pada pukul 8 malam..tidak lagi pada pukul 12 .30 malam ataupun 1 pagi..mungkin ‘BENDA’ tu saje nak test keberanian aku kot..huhuhu..lagi pon mungkin ni tempat dia memandangkan Kem Plkn ni terletak  agak jauh dalam hutan..jadi tak hairan la kan..ia tetap misteri...erm,itu je la yang aku nak citer untuk korang semua..citer seram ke x?korang fikir la sendiri..hahaha..ok,as salam...

kuih raya samprit ainul


Assalamualaikum kawan2 ku semua..moga korang sihat2 belake..aku sihat2 je..dan bulan ramadan kali ni aku telah belajar sesuatu yang baru iaitu membuat kuih samprit..korang kenal tak kuih samprit??kalau tak kenal,tak payah makan kuih raya la..hahha..dan untuk entri kali ni aku akan share ngan korang semua dengan resipi kuih samprit yang tersangat lazat,sedap,lemak manis berkrim disukai ramai..hihihi..name sempoinye adalah KUIH SAMPRIT AINUL MARDzIAH..kuih samprit ni diberi name sebegitu kerana resipi dipelajari oleh tuannya sendiri..Puan Ainul mardizah ni memang pandai buat kuih2 raya,biskut raya..makanan yang nak beraya ni kira dia memang ekspert la..semua kuih yang dirayakan mesti menjadi kalau puan ni buat..bile aku sendiri rase kuih dia,sedap hingga menjilat ibu jari kaki mak aku..tak pasal2 aku kene terajang se das dua das ngan mak aku..birat belakang badan..hahaaha..jadi aku pon teringin belaja sendiri ..alhamdulillah menjadi gak kuih samprit aku..ok, kat bawah ni adalah bahan2 untuk resipi kuih samprit..


RESIPI KUIH SAMPRIT AINUL MARDzIAH
BAHAN-BAHAN:
[UNTUK SATU ADUNAN]
1)      1 BIJIK BUTTERCUP-mesti jenama buttercup taw,kalu jenama butterlite or farmcows rase kuihnya x sedap sangat la..(nak wat kuih mesti la nak sedap2,kalu x sedap bagi makan kat ayam je la..hahaha)

2)      1 CAWAN ICING SUGAR[BRAND KINGS]-korang cari la..jangan gula pasir kasar prai atau gula kabung pulak....

3)      1 CAWAN TEPUNG UBI KAYU[BRAND KAPAL  ABC]-yang ni paling afdhal,yang penting tepung ubi kayu,bukan tepung ubi keledek/ubi keladi/ubi kentang..rosak kang kuih..kalu korang jumpa cap sampan ABC or bot ABC,korang tibai jer..

4)      4 CAWAN TEPUNG GANDUM [ CAP WAU / SAUH]-beli je kat pasaraya..berlambak2..yang penting korang guna tepung gandum berprotein tinggi ok..korang pon kurang protein aku rase..hahaha.
5)      PEWARNA [SUNGEI WANG CAKE SHOP]- sebagai warne untuk kuih samprit ni la..warna pink la comey!nak warna lain pon boleh..ijau ke,oren,kelabu,jagung..orait jer..

6)      GULA MANIK URAI [CAP BUNGA ROS]-sebagai hiasan atas kuih samprit ni..bagi la lawo cket..jangan guna manik betol da la..keras pulak nak makan..nak brand lain pon ok..

7)      1 BIJIK TELUR KUNING SAHAJA...- telur ayam la..jangan telur angsa taw.jangan korang gune putih telurnya..

CARA-CARA/STEP/LANGKAH-LANGKAH
a)      1st,korang masukkan buttercup,icing sugar dan telur kuning ke dalam mangkuk besar or besen(kalu korang takde gak,tibai je baldi or cebok)..korang gaulkan dahulu bagi sebati..gaul biarlah berlemah lembut..jangan korang kacau kasar2 even ia hanyalah kuih..(budi bahasa kan budaya kite...) 

b)      Masukkan tepung ubi kayu dan gandum yang telah di ayak sebelum ni ke dalam sebatian tadi..korang masukkan sikit2,jangan sekali gus terus,nanti punah kuih..

c)       Bile adunan korang dah sebati,korang boleh terapkan mengikut acuan yang korang sukai...adunan  tu korang bahagikan dua,dimana satu adunan yang berwarna seperti pink..yang ni la aku pilih,pink seswai ngan kuih raya ni..

d)      Adunan tu korang campur la dalam acuan yang korang minat..contoh,aku buat corak kulit tenggiling..hihi..kalau korang nak corat kulit buaya pon ok,kulit biawak komodo,even kulit korang sendiri pon boleh(nak2 lagi bergerutu,nampak lebih menyerlah gitu..)

e)      Bile dah siap buat corak acuan tu,korang boleh bakar kuih ke dalam oven korang.(kalau korang takde oven,bakar kat dapur arang je..kompem hangit..hahaha)

f)       Suhu oven korang dalam lingkungan 160 darjah celcius selama 15 minit..insyaallah akan menjadi dengan jayanya..(suhu tu depends dengan korang punye jenis oven la)..umah aku gune oven brand butterfly.

Ha......................amacam korang semua?x payah kan nak buat kuih samprit ainul mardziah ni..sebab memang senang,asalkan ade minat yang mendalam la.aku yang jantan ni pon boley buat apatah lagi kalau kaum hawa..dah siap kuih korang nanti,boleh la korang rasa and jamu kat famili or kengkawan korang..kompem la mereka pon akan tabik spring dan menjadi sawan kutu sekejap kerana terlalu lazat hingga menusuk kalbu dan jiwa raga..kalau diorang pas makan,takde rase ape2 or takde sebarang efek khas,mungkin diorang ade masalah lidah or ade tiroid kat mulut..hihihi..yang pasti aku jamin korang akan puas ati dengan resipi ni kalu mempelajarinya..Insyaallah..selamat mencuba ok!sekian untuk entri ni..assalam..


suka BLOG ini?